Sunday, July 1, 2012

Akupunktur


AkupunkturPDFPrintE-mail
Written by Nizam   
Wednesday, 27 August 2008 13:59



 



Akupunktur adalah kaedah merawat penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang boleh merawat berbagai jenis penyakit.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:

1.Arthritis/sakit pada setiap persendian
2.Sakit belakang/pinggang
3.Salah urat/terseliuh
4.Urat saraf
5.Stroke/Angin Ahmar
6.Kekejangan
7.Athsma
8.Darah tinggi dan sakit kepala
9.Sinusitis dan lain-lain lagi

Rawatan menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta pakai-buang.Tidak menyakitkan.masa yang diambil untuk rawatan 1 hingga 2 jam bergantung kepada jenis penyakit.

Akupuntur dengan herba 'moxa' sangat efektif untuk masalah urat saraf
AKUPUNKTUR
Akupunktur adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur , para doktor mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba . Teknik penggunaan haba dikenali sebagai "Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil"Electrostimulation". Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang
Akupunktur adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu doktor jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada doktor anda . Akunpunktur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya . Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan . Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘ Chemotherapy ’ .
AKUPUNKTUR TIDAK MENYAKITKAN
Rawatan akupunktur menyakitkan hanya apabila jarum diselit atau dicucuk ke bahagian kulit . Kesakitan ini hanya mengambil masa antara 10 - 15 saat . Dimana jarum yang digunakan adalah sangat halus . Akupunktur adalah sangat berkesan dikawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk , pengawal kesakitan dan pengurang tekanan .
PERBEZAAN AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR
Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit , mengenalpasti patogen dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman , bakteria , ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam salur darah . Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China , ia menggunakan akupunktur untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi , darah , kahak dan cairan badan . Bagi doktor perubatan barat pula , ia memeriksa pesakit dan membuat diagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur ianya daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak , bentuknya dan pergerakannya . Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka , kulit , kuku dan mata . Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah , tidak berfungsi atau sesak . Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.
Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula , akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik . Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .
Akunpunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang . Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta . Dalam perubatan barat , Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi . Dalam perubatan timur , Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .
FUNGSI 'Qi'
Lima fungsi utama Qi ialah ;
  • 1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
  • 2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
  • 3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
  • 4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
  • 5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

FUNGSI AKUPUNKTUR
Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi didalam badan . Ia dilakukan dengan memasukkan , menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur . Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran didalam badan . Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian . Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .
Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian . Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang bergabung , meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .
Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak didalam paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan dinorfinyang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .
Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan , minda dan semangat . Dalam sains moden , kesihatan ialah pergerakan elektron . Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri . Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni . Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung , pergerakan bioelektron . Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan .
Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang . Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit . Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima , lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal . Pada tahap ini , keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya .
AKUPUNKTUR TANPA JARUM
  • Ya ada , yang paling umum , akupunktur yang tidak menggunakan jarum adalah auricular therapy dimana rangsangan elektrik akupunktur dikenakan pada titik-titik tertentu di telinga .
  • Telinga adalah sistem mikro untuk seluruh badan dengan lebih 200 titik akupunktur wujud untuk mengdiognesis dan rawatan .
  • RUJUKAN
    1. AMERICAN WHOLE HEALTH INC.
    2. Website – http : //www. Americanwholehealth.com/library/acupuncture/acufaq . htm
    3. ACUPUNCTURE . com
    4. Website – http ; //www . Acupuncture . com/Acup/Aculnd . htm#PrAculnfo
    5. Akpata , L . ( 1979 ) The Practice Of Herbalism In Nigeria . In African Medicinal Plants .
    6. John Wiley And Sons Limited – Medicinal Plants And Traditional Medicine In Africa

    No comments: